Friday 7 February 2014

Lama menyepikan diri. Kini aku telah bergelar seorang guru. SMK Bandar Bintangor, nama sekolah tempat aku bekerja sekarang. Sekolah ini letaknya di Sarawak.
Sudah 2 minggu berada di sini, masih banyak perkara baru yang belum mampu aku biasakan. Budaya, bahasa, suasana, semua perlu aku pelajari.
Akan ku terus belajar untuk menjadi yang lebih baik.
Semoga mendapat kebaikan dan balasan yang baik dari Allah.

Thursday 28 March 2013







Kami guru-guru pelatih. Sedia berkhidmat untuk warga SMK Dewan Beta. Selesai menjaga checkpoint sempena Kejohanan Merentas Desa 2013, maka berada di Dewan Bestari untuk upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.



SMK Dewan Beta.

Sireh pulang ke gagang. Ini logo sekolah menengah tempat aku menuntut ilmu dulu. Sekarang kembali untuk menjalani latihan praktikal, dalam proses menjadi seorang warga pendidik.